Thursday 23 August 2012

Asal Usul Air Zam Zam

Asal usul terjadinya mata air zamzam tidak boleh dilepaskan dari rangkaian kisah yang dialami oleh keluarga Nabi Ibrahim as. Selepas perkahwinan dengan Siti Sarah sampai ke usia yang lajut, perkahwinan Nabi Ibrahim masih lagi tidak membuahkan keturunan. Lalu Siti Sarah menyuruh suaminya untuk menikahi pembantunya yang bernama Hajar. Dengan segera setelah perkahwinannya dengan hajar, Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Hal ini membuatkan kedudukan Siti Hajar menjadi istimewa di mata Ibrahim. 

Melihat keadaan itu, Sarah tidak boleh lagi menyembunyikan rasa cemburu terhadap Sarah. Oleh kerana itu, Sarah meminta Nabi Ibrahim as untuk memindahkan Hajar dan anaknya ke tempat yang jauh supaya tidak dapat ia melihatnya. Sejurus dari peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim yang memerintahkan Hajar dan Ismail dipindahkan ke Mekah, iaitu dekat Baitul Haram. Menurut Ibnu Abbas r.a, yang dilakukan Hajar sebelum dia pergi bersama Ibrahim adalah meminta maaf kepada Sarah. Pada saat itu, tiada bekalan dan tiada orang di Mekah. 

Tatkala Nabi Ibrahim ingin meninggalkan Hajar dan anaknya, bertanya lah Hajar kepada suaminya itu. "Wahai Ibrahim, hendak ke mana Engkau pergi? Apakah Engkau akan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tiada apa pun?" soalan itu ditanya berulangkali. Kemudian Hajar bertanya selepas di lihat suaminya sedikit pon tidak menoleh terhadapnya. "Adakah Allah yang memerintahkan semua ini kepadamu?" Lalu Nabi Ibrahim menjawab "Benar". Lantas Hajar berkata, "Kalau demikian Tuhan tidak akan membiarkan kami".

Ibrahim terus berjalan hinggakan Hajar tidak terlihat olehnya lagi, lalu baginda memalingkan wajah ke arah posisi kaabah dan berdoa: 

"Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagiam keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" (Ibrahim:37)

Ketika bekal air minum sudah habis, Hajar dan Ismail mula merasa haus. Ismail mula meronta-ronta kehausan. Kakinya menghentak-hentak ke tanah.  Hati Hajar benar-benar tersentuh lalu mencari-cari sumber air kerana tidak dapat melihat tangisan anaknya Ismail. Hajar melihat bukit Shafa, bukit terdekat yang mampu dicapainya. Dia naik ke bukit itu dan melihat sekelilingnya untuk memastikan apakah ada orang untuk meminta tolong.  Dia turun lalu melihat pula Bukit Marwah, dinaikkinya dengan susah payah. Namun Hajar masih tidak menjumpai seorang pun. Kemudian Hajar kembali berlari-lari antara Bukit Shafa dan Marwah sampai tujuh kali.

Ketika berada di puncak Marwah, tiba-tiba Hajar terdengar suara seolah-olah meminta dia supaya diam. Ternyata suara tersebut adalah suara malaikat Jibril. Sementara Hajar melihat malaikat itu berdiri di sebuah tempat (dekat sumur zamzam sekarang), malaikat itu sedang menggali tanah dengan sayapnya. Kemudian terpancut lah air yang sangat deras keluar dari celah-celah kaki Nabi Ismail. Melihat mata air, Hajar berlari ke arah Ismail lalu mengepung kawasan keluarnya air itu supaya tidak kering dan dari situlah datangnya nama Zam Zam yang bermaksud ‘kepung air’.

Dari Ibnu Abbas Radiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Aliahi Wasallam bersabda,

"Air Zamzam (berkhasiat) sesuai dengan tujuan meminumnya. Jika kamu meminumnya untuk mengharapkan kesembuhan dengannya, niscaya Allah akan menyembuhkanmu. Jika kamu minum agar kenyang, niscaya Allah memberikanmu rasa kenyang dengannya. Jika kamu meminumnya untuk menghilangkan rasa hausmu, niscaya Allah akan menghilangkannya. Ia adalah hentakan kaki Jibril dan minuman Ismail."

Syair:

Dia terus menerus membuat
Wadah wadah untuk menampungnya
Sebab, jika dia tidak melakukannya
Nescaya air itu mengalir ke mana mana

Semoga rahmat dan kesejahteraan Allah tercurah atas Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

(Sumber:buku keajaiban air zam-zam)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.