Thursday 23 August 2012

Air Zam Zam Asli


Assalamualaikum wbt,

::Selamat Hari Raya Aidilfitri :: Maaf Zahir dan Batin::

Di bulan yang mulia ini, kami ada membekal dan mengedar air zamzam kepada semua muslimin muslimat yang berminat untuk mendapatkannya. Air zamzam ini dibotolkan di Tanah Suci Mekah dan di hantar melalui pengangkutan udara. 

i) Air Zamzam Botol 10 Liter
Botol 10 liter (dibotolkan di tanah Suci)

                 Volume          : 10 Liter
                 Harga            : RM 120.00/ botol
                 Penghantaran: PERCUMA 
                                        (di Kuala Lumpur sahaja)

ii) Air Zamzam Botol 350 ml 

Air zamzam 350 ml (dibotolkan semula di Malaysia dari botol 10 Liter)

                Volume          : 350ml
                Harga            : RM 11.00/ botol, 
                                       RM 308.00/ kotak(28 botol)
                Penghantaran: PERCUMA 
                                       (di Kuala Lumpur sahaja)
                Minimum Pembelian: 20 botol



BERMINAT? SEGERA MEMBUAT TEMPAHAN!

Emailkan tempahan ke: gharulzamzam@gmail.com

Promosi Air Zam Zam

SEMPENA SYAWAL YANG MENJELANG TIBA,
PROMOSI AIR ZAMZAM!! 

ASLI! MURAH! MUDAH DIDAPATI!

 Dengan Kos Penghantaran PERCUMA!!

Asal Usul Air Zam Zam

Asal usul terjadinya mata air zamzam tidak boleh dilepaskan dari rangkaian kisah yang dialami oleh keluarga Nabi Ibrahim as. Selepas perkahwinan dengan Siti Sarah sampai ke usia yang lajut, perkahwinan Nabi Ibrahim masih lagi tidak membuahkan keturunan. Lalu Siti Sarah menyuruh suaminya untuk menikahi pembantunya yang bernama Hajar. Dengan segera setelah perkahwinannya dengan hajar, Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Hal ini membuatkan kedudukan Siti Hajar menjadi istimewa di mata Ibrahim. 

Melihat keadaan itu, Sarah tidak boleh lagi menyembunyikan rasa cemburu terhadap Sarah. Oleh kerana itu, Sarah meminta Nabi Ibrahim as untuk memindahkan Hajar dan anaknya ke tempat yang jauh supaya tidak dapat ia melihatnya. Sejurus dari peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim yang memerintahkan Hajar dan Ismail dipindahkan ke Mekah, iaitu dekat Baitul Haram. Menurut Ibnu Abbas r.a, yang dilakukan Hajar sebelum dia pergi bersama Ibrahim adalah meminta maaf kepada Sarah. Pada saat itu, tiada bekalan dan tiada orang di Mekah. 

Tatkala Nabi Ibrahim ingin meninggalkan Hajar dan anaknya, bertanya lah Hajar kepada suaminya itu. "Wahai Ibrahim, hendak ke mana Engkau pergi? Apakah Engkau akan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tiada apa pun?" soalan itu ditanya berulangkali. Kemudian Hajar bertanya selepas di lihat suaminya sedikit pon tidak menoleh terhadapnya. "Adakah Allah yang memerintahkan semua ini kepadamu?" Lalu Nabi Ibrahim menjawab "Benar". Lantas Hajar berkata, "Kalau demikian Tuhan tidak akan membiarkan kami".

Ibrahim terus berjalan hinggakan Hajar tidak terlihat olehnya lagi, lalu baginda memalingkan wajah ke arah posisi kaabah dan berdoa: 

"Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagiam keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" (Ibrahim:37)

Ketika bekal air minum sudah habis, Hajar dan Ismail mula merasa haus. Ismail mula meronta-ronta kehausan. Kakinya menghentak-hentak ke tanah.  Hati Hajar benar-benar tersentuh lalu mencari-cari sumber air kerana tidak dapat melihat tangisan anaknya Ismail. Hajar melihat bukit Shafa, bukit terdekat yang mampu dicapainya. Dia naik ke bukit itu dan melihat sekelilingnya untuk memastikan apakah ada orang untuk meminta tolong.  Dia turun lalu melihat pula Bukit Marwah, dinaikkinya dengan susah payah. Namun Hajar masih tidak menjumpai seorang pun. Kemudian Hajar kembali berlari-lari antara Bukit Shafa dan Marwah sampai tujuh kali.

Ketika berada di puncak Marwah, tiba-tiba Hajar terdengar suara seolah-olah meminta dia supaya diam. Ternyata suara tersebut adalah suara malaikat Jibril. Sementara Hajar melihat malaikat itu berdiri di sebuah tempat (dekat sumur zamzam sekarang), malaikat itu sedang menggali tanah dengan sayapnya. Kemudian terpancut lah air yang sangat deras keluar dari celah-celah kaki Nabi Ismail. Melihat mata air, Hajar berlari ke arah Ismail lalu mengepung kawasan keluarnya air itu supaya tidak kering dan dari situlah datangnya nama Zam Zam yang bermaksud ‘kepung air’.

Dari Ibnu Abbas Radiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Aliahi Wasallam bersabda,

"Air Zamzam (berkhasiat) sesuai dengan tujuan meminumnya. Jika kamu meminumnya untuk mengharapkan kesembuhan dengannya, niscaya Allah akan menyembuhkanmu. Jika kamu minum agar kenyang, niscaya Allah memberikanmu rasa kenyang dengannya. Jika kamu meminumnya untuk menghilangkan rasa hausmu, niscaya Allah akan menghilangkannya. Ia adalah hentakan kaki Jibril dan minuman Ismail."

Syair:

Dia terus menerus membuat
Wadah wadah untuk menampungnya
Sebab, jika dia tidak melakukannya
Nescaya air itu mengalir ke mana mana

Semoga rahmat dan kesejahteraan Allah tercurah atas Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

(Sumber:buku keajaiban air zam-zam)

Wednesday 22 August 2012

I'JAZUL ZAMZAM

I'JAZUL ZAMZAM membawa maksud Anugerah zamzam. Anugerah dari Allah SWT kepada hamba-hamba Nya khusus nya kepada Nabi Allah Ismail A.S dan para tetamu Allah SWT di tanah suci Mekah. Suatu kurniaan yang besar apabila air zamzam yang penuh keberkatan ini dibawa dan mampu diperolehi di tanah Melayu ini. Semoga tanah ini disuburi dengan rahmat dan keberkatan yang bertali arus dari Tuhan Maha Pemberi Rahmat. Insya Allah.


ALHAMDU LILLAH